12 Januari 2023 - Jawatankuasa Pembangunan Profesionalisme dan Kesarjanaan(PROSPEN) di bawah Unit Pembangunan Latihan IPGKDRI telah melaksanakan Bengkel Penyediaan Proposal Kajian Untuk Calon Master dan PHD bagi Hadiah Latihan Persekutuan(HLP) 2023.
Bengkel ini telah dilaksanakan bertempat di Bilik Mikro, IPGKDRI dan telah disampaikan oleh 2 orang daripada JK Pembangunan Profesionalisme iaitu Dr. Rosli bin Ab Rahman dan Dr. Nurhijrah binti Zakaria.
Bengkel ini telah dihadiri oleh 13 Orang pensyarah termasuk seorang pegawai pengurusan. Turut hadir seorang guru yang menyahut jemputan IPGKDRI. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang hadir dan menunjukkan komitmen yang baik sepanjang bengkel berlangsung.
Bengkel yang bermula jam 2 petang itu berakhir pada jam 3.40 Petang. Para peserta didedahkan dengan perincian teknik dan kaedah penulisan proposal kajian dalam membantu peserta-peserta yang berminat dalam menyambung pengajian masing-masing.
0 Comments