Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Salam PINTAR IPGKDRI!
24 Ogos - Sebuah bengkel yang telah dianjurkan oleh IPG kampus Dato' Razali Ismail(Unit Pembangunan Latihan) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu(Unit Teknologi Maklumat) serta Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Gong Badak telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Bengkel ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula pada 22 Ogos sehingga 24 Ogos.
Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 50 Orang peserta yang terdiri daripada 34 orang guru sekolah Terengganu dan 16 Orang pensyarah dari IPGKDRI. Bengkel ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Dr.Suhailan dan kumpulannya daripada Fakulti Informatik dan Komputeran, Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Gong Badak.
Bengkel ini memfokuskan kepada pembinaan dan penyelesaian ralat-ralat yang timbul ketika membangunkan sistem e-markah pelajar. Selain itu, penggunaan coding, template html yang telah lengkap, penggunaan localhost serta aplikasi XAMPP juga diberikan oleh Dr.Suhailan.
Pihak penganjur mengharapkan dengan bengkel ini, peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi dalam bidang masing-masing terutama untuk memudahkan pengurusan markah di sekolah mahupun di IPG.
Tahniah dan Syabas kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan bengkel. Semoga kolaborasi ini dapat memberi manfaat buat semua.
0 Comments