15 Ogos 2024 - Unit Pembangunan Latihan (UPL) IPGM Kampus Dato' Razali Ismail dengan kerjasama bersama dengan IPGM Zon Timur telah mengadakan Bengkel Kerja Peningkatan Kompetensi Profesionalisme Pensyarah Baharu IPGM Zon Timur.Bengkel ini telah berlangsung pada 13 hingga 15 Ogos 2024 selama 3 hari 2 malam.
Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk memastikan para pensyarah baharu memiliki pemahaman yang mendalam mengenai peranan mereka, teknik pengajaran terkini, serta keperluan profesionalisme dalam pendidikan.
Bengkel ini melibatkan pelbagai sesi seperti ceramah, perbincangan kumpulan, latihan praktikal, dan juga penilaian untuk memastikan peserta dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam situasi sebenar di bilik darjah.
0 Comments