28 September 2024 - Unit Pembangunan Latihan (UPL) IPGM Kampus Dato' Razali Ismail dengan kerjasama  JPN Terengganu dan JPN WP Labuan telah mengadakan Kursus Program Transformasi Minda pada 22 hingga 26 September 2024.

              Kursus ini telah berlangsung selama lima hari dan bermula pada jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang. Kursus ini telah diadakan dalam talian melalui platform Google Meet.

            Bermula Tahun 2013, Program Transformasi Minda (PTM) akan menggantikan Kursus induksi bagi  pegawai lantikan baharu. Berdasarkan kurikulum dan penilaian di bawah program ini, peserta akan dinilai oleh seorang fasilitator untuk menilai aspek Disiplin, Komitmen dan Personaliti. Program ini diwajibkan kepada semua pegawai tetap lantikan baharu sebagai salah satu syarat sebelum disahkan dalam perkhidmatan

           Kursus ini diadakan bertujuan  untuk melahirkan modul insan yang berdaya tahan dan kompetitif adalah pra-syarat penting bagi menggerakkan agenda transformasi kerajaan dengan berkesan untuk mencapai agenda pembangunan negara. Justeru, modul insan sektor awam perlu dibangunkan secara optimum di peringkat awal pelantikan agar dapat melahirkan pegawai yang mempunyai sikap dan pemikiran progresif serta memiliki etika dan nilai yang sejajar dengan budaya negara. Salah satu objektif PTM adalah memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotik pegawai supaya lebih berketrampilan dan kemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam

      Tahniah dan Syabas kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan kursus ini. Semoga semua peserta kursus ini dapat memberi manfaat buat semua.