Ticker

6/recent/ticker-posts
Sila klik DI SINI untuk melihat planner dengan lebih jelas

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA IPGKDRI

 KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA IPGKDRI     

           Pada 3 hingga 5 Jun 2025, satu program Kursus Peningkatan Profesionalisme Anggota Kumpulan Pelaksana IPGKDRI telah diadakan di Pulau Redang, Terengganu. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara staf dan membina semangat kerja berpasukan.

           Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti sukan pantai, permainan berkumpulan, cabaran halangan dan aktiviti snorkeling. Semua peserta mengambil bahagian dengan penuh semangat dan kerjasama.

           Selain itu, sesi motivasi dan refleksi turut diadakan bagi mengukuhkan lagi komunikasi dan kepercayaan antara satu sama lain. Keindahan Pulau Redang menjadikan suasana program lebih santai dan menyeronokkan.

        Secara keseluruhan, program ini telah berjaya mencapai objektifnya. mereka pulang dengan semangat baharu dan hubungan yang lebih erat. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.



Post a Comment

0 Comments