Ticker

6/recent/ticker-posts

KURSUS ORIENTASI KECEMERLANGAN ORGANISASI PENSYARAH BAHARU DAN PEGAWAI PENGURUSAN IPG KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

Pada 8 hingga 10 September 2025, Unit Pembangunan Latihan IPG Kampus Dato’ Razali Ismail telah menganjurkan Kursus Orientasi Kecemerlangan Organisasi khas untuk pensyarah baharu dan pegawai pengurusan. Kursus ini berlangsung selama tiga hari bermula dari hari Isnin hingga Rabu, dari jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang.

Kursus orientasi ini bertujuan untuk memperkenalkan para pensyarah dan pegawai pengurusan baru kepada budaya kerja, nilai organisasi dan tatacara pengurusan di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail. Sepanjang tiga hari tersebut, peserta didedahkan kepada pelbagai modul yang meliputi aspek kepimpinan, komunikasi efektif, pengurusan masa dan kemahiran bekerja dalam pasukan.

Selain itu, para peserta turut menjalani sesi bengkel dan aktiviti lasak berkumpulan mendaki Bukit Maras dan aktiviti berkayak yang dirancang untuk mengeratkan hubungan sesama rakan sekerja serta meningkatkan motivasi dalam meningkatkan ketahanan fizikal dan mental untuk melaksanakan tugas harian. Kursus ini juga menyediakan ruang untuk para peserta berkongsi pengalaman dan idea bagi memantapkan lagi perkhidmatan pendidikan di institut tersebut.

Dengan berakhirnya kursus orientasi ini, para peserta dijangka lebih bersedia dan bersemangat untuk menjalankan peranan mereka dengan lebih berkesan serta menyumbang kepada kemajuan IPG Kampus Dato’ Razali Ismail secara keseluruhan.

 
Aktiviti mendaki Bukit Maras



                                                                        Aktiviti berkayak 

Pusat Latihan Kayak Kuala Ibai


Perkongsian Penyelidikan dan Inovasi

(DR. Wan Mariana Binti Wan Mohamad)




Post a Comment

0 Comments