Pada 28 hingga 30 Oktober 2025 yang lalu, Bengkel Kerja
Pemantapan Diri Dan Semangat Berpasukan Pensyarah Dan Pegawai Pengurusan Baharudiadakan di PKG Dabong, GuaMuasang, Kelantan. Bengkel ini bertujuan
membangunkan kompetensi pensyarah dan pegawai pengurusan baharu IPGKDRI yang
berpengetahuan, kompeten, efisyen dan cekap dalam pelbagai aspek berkaitan
bidang tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Justeru, bagi mencapai
kecemerlangan organisasi seperti mana yang diharapkan, semua pihak perlu
menghayati dan menjiwai spesifikasi tugas yang dipertanggungjawabkan serta
berusaha secara jitu dalam melaksanakan dan membudayakan perkhidmatan yang
berkualiti demi memartabatkan kecemerlangan pendidikan negara.
0 Comments