Bengkel ini telah dilaksanakan dengan jayanya sebagai satu inisiatif untuk meningkatkan kefahaman serta kecekapan pensyarah dan pegawai pengurusan dalam pengisian dan perekodan latihan melalui sistem HRMIS. Program ini amat signifikan dalam memastikan setiap warga IPGKDRI memenuhi keperluan pembangunan kompetensi 40 jam setahun selaras dengan dasar perkhidmatan awam.
Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan tatacara pengisian maklumat latihan yang betul, kaedah perekodan yang sistematik serta kepentingan penyimpanan rekod latihan yang tepat dan terkini. Sesi perkongsian dan latihan amali yang dijalankan turut membantu peserta memahami fungsi-fungsi utama dalam HRMIS dengan lebih jelas dan berkesan.

0 Comments