16 April 2023 - Alhamdulillah, Syukur ke Hadrat Rabbul Izzati atas pelaksanaan bengkel kerja meningkatkan kemahiran menulis akademik dengan ChatGPT ini. Bengkel telah berjaya dijalankan dengan jayanya. Setiap kemudahan yang disediakan pada zaman moden ini jika digunakan untuk kebaikan, maka besarlah manfaat yang diperolehi penggunanya, manakala begitulah sebaliknya.
Bengkel yang bermula seawal jam 9.30 Pagi telah berakhir pada jam 12.30 Tengahari sebagaimana yang dijadualkan. Pelbagai tip dan teknik telah didedahkan oleh Dr.Izani Zainal Abidin kepada semua peserta yang hadir. Ada yang telah sudah biasa menggunakan ChatGPT ini, namun begitu bengkel ini boleh meluaskan lagi pengetahuan berkaitan kaedah yang boleh digunakan untuk menulis akademik.
Dengan pendedahan kemahiran ini, diharapkan semua peserta dapat memanfaatkannya di dalam aktiviti PdP dan juga dalam penulisan-penulisan akademik para pensyarah.
Pihak Unit Pembangunan Latihan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan tidak dilupakan kepada Dr, Izani Zainal Abidin atas perkongsian yang mantap.
Sekian Terima kasih.
0 Comments