Program ini telah berjaya dijalankan dengan jayanya dan secara keseluruhan dilihat dapat memberikan impak yang positif kepada semua peserta.
Berikut merupakan status pelaksanaan PTM oleh IPG Kampus Dato' Razali Ismail bagi tahun 2023 ini :
JPN Negeri Terengganu
Siri 1: 12 Mac sehingga 16 Mac 2023 - Telah dilaksana
Siri 2: 26 Mac sehingga 30 Mac 2023 - Telah dilaksana
JPN Negeri Johor
Siri 3: 2 April sehingga 6 April 2023 - Telah dilaksana
Siri 4: 9 April sehingga 13 April 2023 - Telah dilaksana
Siri 5: 7 Mei sehingga 11 Mei 2023 - Belum dilaksana
Unit Pembangunan Latihan merakamkan jutaan terima kasih kepada Panel pengurusan dan Penceramah Program Transformasi Minda IPG Kampus Dato' Razali Ismail bagi sesi 2023. Tidak ketinggalan juga jutaan terima kasih kepada JPN Negeri Terengganu dan JPN Negeri Johor yang telah memberi kepercayaan kepada pihak kami untuk melaksanakan program ini.
Akhir sekali, pihak kami juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta yang memberi komitmen yang terbaik sepanjang program dilaksanakan.
Berikut dilampirkan gambar-gambar sepanjang berlangsungnya perjalanan PTM.
SIRI 1/2023
SIRI 2/2023
SIRI 3/2023
SIRI 4/2023
SIRI 5/2023 (BELUM DILAKSANA)
9 Comments
A great induction programme for new teachers. Can be considered as one of the best practices to ensure newcomers are initiated in the expectations, performances and working culture as an educator. Tq ipgkdri 🫶🏻
ReplyDeleteTerbaik Program Transformasi Minda yang penuh ilmu dari pihak ipgkdri. Harap diteruskan lagi 👏🏻👏🏻👏🏻
ReplyDeleteAlhamdulillah, sebagai guru yang terlibat dengan PTM ni, saya rasa bersyukur dipertemukan dengan Pn Mastura, Ustaz Syamshul dan staf-staf yang terlibat. Mereka semua sangat membantu, teammates pun bagi kerjasama yang bagus. Semoga urusan penyelaras dan urus setia dipermudahkan.
ReplyDeleteTerbaik program PTM yang dikendalikan oleh IPGKDRI semoga kelancaran program seperti ini diteruskan pada masa akan datang.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Saya sangat berpuas hati dan suka program PTM yang dikendalikan oleh IPDKDRI. Dalam serius masih lagi ada ruang untuk relax dan budi bicara. Banyak pengetahuan ditimba. Bimbingan dari bonda Mastura juga banyak sangat membantu kami guru muda ini. Tak lupa juga kepada staf2 yang lain yang bertungkus lumus menjayakan program yang diadakan khusus untuk kami ini.❤️❤️❤️❤️
ReplyDeleteTerbaik..pengisian yg bermanfaat bg penjawat awam..terima kasih kpd tenaga pengelola dan mereka yg terlibat
ReplyDeleteAlhamdulillah program Ptm memberi bnyak ilmu yg bermanfaat.. Terima ksih kepada semua tenaga pengelola dan ajk yg terlibat
ReplyDeleteAlhamdulillah, PTM berjalan dengan lancar dgn pelbagai input berguna.. Awalnya kami agak gerun dengan barisan urusetia.. Mereka nampak begitu tegas & garang.. Tapi hari demi hari, rupanya mereka sgt mesra.. tegas dlm bekerja, namun sgt friendly diluar sana.. Terima kasih banyak2.. Keep in touch..
ReplyDeleteAlhamdulillah, PTM banyak memberi input dan pengetahuan yang berguna & penting sebagai penjawat awam. Terima kasih barisan urus setia PTM
ReplyDelete